TERKINI

Kepentingan Penguasaan IndoPacific Kepada AS Dan China

grafik kredit news.unair.ac.id

ANALISIS : Pertemuan mutakhir pegawai-pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS) dan China di Anchorage, Alaska merupakan satu langkah yang dilihat positif di mana di bawah pemerintahan Presiden Donald Trump, tidak terdapat banyak hubungan di antara kedua negara dan tiada komunikasi langsung di antara mereka.

Walaupun terdapat banyak perbalahan pendapat di antara kedua-dua negara sepanjang pertemuan itu tetapi ini adalah satu petanda positif di mana kedua-dua pihak bersedia untuk duduk semeja setelah berlakunya sekatan (sanctions) sesama sendiri sebelum ini.

Senario semasa menyaksikan AS masih mengamalkan sekatan ke atas negara-negara yang dilihat menentangnya. Namun terdapat dua perkara yang perlu diketahu iaitu yang pertama; rule based international order.

Ia adalah sebuah peraturan formulasi AS dan sekutu kuat NATO di mana mereka menentukan peraturan antarabangsa sekali gus melambangkan tentang era penjajahan baharu di mana kuasa-kuasa kolonial barat menentukan order dunia.

Kejatuhan Soviet Union menguatkan lagi kedudukan AS dan menjadikannya sebagai hegemoni tunggal di peringkat antarabangsa.

Namun pada hari ini kuasa hegemoni tersebut semakin terhakis dan dunia berkembang menjadi multipolar. Ini menjadikan isu sama ada hegemoni AS dan sekutunya masih wujud dan relevan.

Perkara kedua adalah, Formulasi Indo-Pacific yang mana ketika pentadbiran Presiden Barack Obama, AS pernah bercakap mengenai penguasaan di Asia. Bila berbicara tentang Asia ia menyentuh tentang populasi yang besar di benua itu.

Namun Indo-Pacific lebih kepada penguasaan maritim di mana sesiapa yang menguasai lautan akan menguasai Asia secara keseluruhan.

Ia lebih kepada mengenai kekuatan untuk menghantar ketenteraan di dalam masa yang pantas dan dalam jumlah yang besar sebagai contoh AS yang mempunyai armada untuk berbuat demikian.

Kuasa geo strategik maritim adalah apa yang AS sedang lihat dan lakukan.

Indo-Pacific merujuk kepada Indo sebagai lautan India yang berada di wilayah Asia Selatan, Australia beserta Asia Tenggara.

Pasifik merangkumi Asia Timur dan Amerika Utara dan Asia Timur lebih dekat dengan Amerika di mana sekutunya adalah Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.

Strategi yang digunapakai AS sebelum ini adalah penguasaan di Pasifik dengan sekutu seperti Jepun dan Korea bagi mengimbangi kuasa Soviet Union pada masa itu.

Peranan AS di Asia Selatan adalah minimal kerana negara-negara di sana seperti India adalah bersempadan dengan China secara geografi.

Isu sebenar adalah di Asia Tenggara di mana Australia, Jepun dan AS cuba memainkan peranan.

Filipina adalah bekas koloni AS dan terlibat di dalam peperangan Vietnam, pengambilalihan tentera di Indonesia setelah menentang komunis, isu Malaysia di mana British telah melumpuhkan komunis di negara itu sebelum meninggalkannya.

Polisi anti-komunis AS telah bermula di sini dengan penglibatannya di dalam Perang Vietnam. ASEAN adalah wilayah yang mempunyai 700 juta penduduk dan ekonomi yang mengatasi India secara keseluruhan dan sedang berkembang.

AS ingin memainkan peranan di wilayah ini namun tidak dapat melaksanakannya kerana ia tidak mempunyai sekutu yang tulen dan rapat di wilayah ini.

Negara-negara di ASEAN tidak mahu terlibat di dalam kancah China-AS terutamanya dengan perjanjian perdagangan bersifat neutral seperti perjanjian Trans Pasifik.

ASEAN tidak mempunyai kekuatan counter balance menentang kuasa ekonomi China dan memerlukan China dari segi menghidupkan ekonomi.

Oleh itu, interpretasi Indo-Pasifik adalah mengenai tumpuan AS terhadap Asia Tenggara dengan menggunakan sekutunya di Indo-Pasifik seperti Jepun, Korea dan India bagi mengimbangi kuasanya di wilayah ASEAN bagi memastikan laluan maritim yang selamat buat negara itu.

Terjemahan daripada: NewsClickin

Facebook
Twitter
WhatsApp