TERKINI

Kerjasama Dengan Pakar China : Pakar Sejarah Cadang Tubuh Jawatankuasa

Sahul HM – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 11 Sep 2023 – Pakar sejarah mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa merangkumi Arkib dan universiti tempatan susulan cadangan kerajaan baru-baru ini yang berhasrat menjalin kerjasama dengan pakar daripada China untuk mengumpul dan mendapatkan lebih banyak bahan sejarah mengenai Kedah Tua dan negara.

Dr Sahul HM, Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyarankan supaya segala sumber itu dibuka kepada para pakar dan penyelidik sejarah supaya dapat diakses dan dinilai secara adil.

“Kita ada Arkib Negara Malaysia dan jabatan Sejarah dari pelbagai universiti, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Kalau boleh tubuh Jawatankuasa merangkumi Arkib (Negara)dan universiti tempatan.

“Kerajaan juga perlu ada timeline (garis masa) untuk kemukakan segala dapatan terkini berkaitannya.

Beliau berkata, berdasarkan sumber daripada Arkib Negara Malaysia, bahan dari China ini masih banyak yang belum diteroka.

“Catatan I-Tsing berkaitan Tanah Melayu mempunyai banyak maklumat penting berhubung sejarah kita.

“Maklumat seawal abad ke 7 boleh diperolehi, ujarnya.

Dr Sahul juga berpendapat usaha kerajaan untuk bekerjasama dengan China, mungkin satu usaha untuk menjauhi Eurosentrisme/Orientalisme.

“Hubungan antara Alam Melayu dengan China dan India adalah antara hubungn yang terawal, lebih awal daripada Eropah.

“Sumber Eropah banyak secara relatif, merujuk kepada zaman kolonial, bukan tradisional. Ini juga mungkin satu usaha untuk menjauhi Eurosentrisme/Orientalisme.

Menurut Sahul, menulis kembali sejarah berdasarkan rekod baharu tidak salah. Ia merujuk kepada sumber yang diperbaharui.

“Menghasilkan semula bahan sejarah, merujuk kepada sumber yang diperbaharui.

“Menulis kembali tak salah, berdasarkan rekod baharu.

“Revisionist dalam sejarah tak salah, katanya.

Walau bagaimanapun, penulisan itu perlu dinilai kemudiannya oleh para sejarawan dan membandingkannya dengan sumber-sumber sejarah yang ada.

“Dulu kita belajar sejarah hasil daripada pengamatan dan sumber Eropah. Kemudian kita tulis semula berdasarkan sumber tempatan dan luar Eropah. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp