Transkrip Ucapan Tn Haji Muhamad Sobri Osman
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI),
Ceramah ‘Gelombang Perikatan Nasional’di Padang Awam Kuala Ketil, Kedah
Saya diamanahkan untuk menjaga Perbadanan Menteri Besar Kedah. Satu perbadanan untuk membangunkan ekonomi negeri Kedah. Bukan setahun, bukan dua tahun, saya mengikuti angka-angka pendapatan kerajaan negeri Kedah.
Pendapatan negeri Kedah hanyalah di sekitar RM600-RM700 juta, kadang-kadang sedikit melebihi RM700 juta, tidak pernah mencecah RM1 bilion setahun.
Negeri Kedah, negeri kita yang miskin, saya tidak mahu untuk terus melihat negeri Kedah dan rakyat negeri Kedah berada dalam kemiskinan, kerana itu amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membantu negeri Kedah membangunkan ekonomi, menduduki tempat yang atas di dalam susunan ekonomi di Malaysia, supaya kita berada di tangga yang atas.
Saya berusaha bersungguh-sungguh, kita mencari sumber baharu kepada negeri Kedah dan sumber baharu ini telah kita temui yang dinamakan REE atau pun Rare Earth Element, Unsur Nadir Bumi.
Kalau kita baca jadual perkalaan unsur, ada 17 elemen di dalamnya. Ia perlu digali, dilombong dan kaedah perlombongannya adalah kaedah baru dan berbeza menggunakan kaedah In Situ Leaching (ISL) di mana ditebukkan lubang yang lebih kurangnya empat inci, dalamnya boleh mencecah 7 meter 10 meter atau pun lima belas meter, kemudian ada paip yang disediakan secara horizontal untuk mengumpulkan mineral tersebut.
Di atasnya diletakkan paip dimasukkan chemical (kimia) kemudian ada tindak balas kimia. Dengarnya mudah, tidaklah begitu susah.
Kita berusaha bersungguh-sungguh, tak berhenti saya berjumpa dengan Menteri Besar, tak berhenti saya berjumpa dengan Setiausaha Kerajaan negeri, dengan pengarah PTG (Pengarah Tanah dan Galian), berjumpa dengan pengarah JMG (Jabatan Mineral dan Geosains) untuk kita mendapatkan kelulusan.
Saya juga berbincang dengan kementerian, bagaimana seharusnya kita mendapatkan SOP (Standard Operating Procedure).
Tiga tahun belum lagi berhasil, kita berusaha bersungguh-sungguh malangnya ada orang datang mencuri, si pencuri telah ditangkap, si pencuri telah dihukum, tiba-tiba dikaitkan kita dalah pencuri.
Menteri Besar adalah orang yang melindungi kita, ini semua fitnah semata-mata.
Pasal apa kita nak curi? Dan bukti yang mereka berikan ada surat daripada PTG kepada MBI Kedah dan juga seorang yang bernama Ho Ching Ming, denda dan kompaun kepada kita kerana berlaku kecurian, kalau salah sila bayar kompaun, yang bayar kompaun itu adalah Ho Ching Ming tetapi nama MBI ada atas surat tersebut.
Kenapa nama (MBI) ada diatas surat tersebut? Bila saya menerima surat tersebut, saya tidak mahu untuk menerima, saya pergi berjumpa dengan pengarah, (minta) jangan letakkan nama MBI kerana kelak ia akan mencemarkan nama baik MBI dan juga Menteri Besar Kedah.
Dan Pengarah PTG merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan (nama MBI dalam kertas) kerana MBI adalah pemegang lesen yang sah untuk kawasan tersebut iaitu kawasan ladang hutan, maka kena letak nama MBI.
Bukan pasal kita mencuri, Menteri Besar Kedah dan berulang kali menerangkan perkara ini tetapi musuh politik masih tidak mahu menerimanya.
Maka sebab itulah kita terus diasak, tidak pernah dalam satu tempoh yang pendek dalam 7-10 hari, tiga isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang kepada MBI.
Angka rm13 juta yang disebut itu bukan masa kita (memerintah), zaman dulu pelaburan di luar negara, kita berusaha untuk mendapatkan balik, tiba-tiba dikaitkan dengan itulah jumlah yang dikatakan berkaitan dengan REE.
Saya tanya pegawai saya, yang ditemubual oleh pegawai SPRM, RM13 juta ni benda apa? Apa yang depa (mereka) tanya? 13 juta ni duit apa?
Pengurus kewangan saya jawab, tak tahu tuan haji, saya pun tanya depa (mereka) ni apa dia. Yang menemubual pun tak tau apa dia 13 juta tu.
Ini betul-betul nak membunuh karekter seseorang dan juga untuk memburukkan nama seseorang. – malayadaily.com