TERKINI

Kesan AI Pada Sektor Pekerjaan

AI – Foto Vivekanand Business School

Pergerakan teknologi yang semakin pesat membangun seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) telah menyebabkan sebahagian syarikat gergasi mula untuk mempertimbang menggunakan teknologi canggih itu dalam operasi harian mereka.

Berikut lima perkara menarik mengenai AI hasil perkongsian Fortune.com

1.Laporan World Economic Forum menyatakan bahawa AI akan mencipta 97 juta pekerjaan baharu, walaupun ia juga mengakui bahawa 85 juta pekerjaan akan hilang disebabkan sistem automasi.

2. AI memberikan impak pada pasaran pekerjaan dan memperlihatkan permintaan yang tinggi bagi mereka yang berkemahiran khusus dalam menghasilkan pertanyaan tepat untuk mendapatkan hasil yang diinginkan dari A.I.

3. ‘Prompt engineers’ dapat membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat dengan menyelesaikan tugas-tugas yang berulang dan tidak memberikan nilai tambah.

4. Kemahiran ‘prompt engineering’ dianggap sebagai salah satu kemahiran terpenting dalam industri teknologi, tetapi masih kekurangan jumlah pemohon yang berkelayakan untuk peranan ini.

5. Untuk memaksimumkan manfaat AI ‘prompt engineers’ memerlukan kerjasama antara jabatan dan bahagian yang berbeza di syarikat untuk mengenal pasti tugas-tugas yang boleh dilakukan oleh AI secara lebih berkesan. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp