TERKINI

Masalah Pedal Pemecut: Tesla Panggil Semula Semua Cybertruck

Tesla Cybertruck – foto Car and Driver

22 Apr 24 – Tesla memanggil semula semua kenderaan model Tesla Cybertruck yang telah dikeluarkan, disebabkan oleh masalah pada pedal pemecut.

Mengikut badan penguatkuasa di Amerika Syarikat, pedal pemecut berkenaan dikatakan boleh tersangkut – sekaligus membawa kepada risiko para pemandu boleh melanggar atau menghadapi kemalangan.

Sebelum ini, beberapa pengguna telah melaporkan perkara yang sama. Malah, Tesla telah menghentikan penghantaran kenderaan baharu kepada pelanggan dalam mengatasi masalah tersebut. Panggilan semula ini melibatkan kenderaan yang telah dihasilkan antara November 2023 sehingga April 2024, melibatkan sekitar 3878 buah Tesla Cybertrucks.

Masalah ini dikatakan timbul disebabkan ketika pemasangan, mereka menggunakan sabun untuk memasang pad pada pedal pemecut – sekaligus membawa kepada kekurangan ketahanan pad pada pedal berkenaan.

Berbeza dengan beberapa masalah sebelum ini, Tesla tidak boleh membaiki masalah ini melalui perisian, sebaliknya memerlukan pelanggan membawa Tesla Cybertruck ke pusat khidmat dan membaikinya tanpa sebarang kos tambahan. – Amanz

Facebook
Twitter
WhatsApp