TERKINI

Penemuan Mikroplastik Dalam Awan oleh Saintis Jepun

Gunung Fuji – foto Today Online

WASHINGTON, 28 Sept 2023 – Penemuan mikroplastik dalam awan oleh saintis Jepun mungkin boleh menjejaskan iklim dengan cara yang belum difahami sepenuhnya.

Dalam kajian diterbitkan Environmental Chemistry Letters, saintis mendaki Gunung Fuji dan Gunung Oyama bagi mengumpul air daripada kabus yang menyelubungi puncak kemudian menggunakan teknik pengimejan lanjutan pada sampel untuk menentukan sifat fizikal dan kimia air itu.

Polimer ‘hidrofilik’ atau polimer yang menggemari air juga antara yang banyak ditemui, menunjukkan zarah memainkan peranan penting dalam pembentukan awan yang cepat dan sistem iklim.

“Sekiranya isu ‘pencemaran udara plastik’ tidak ditangani secara proaktif, perubahan iklim dan risiko ekologi mungkin menjadi kenyataan, menyebabkan kerosakan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan dan serius pada masa depan,” kata pengarang utama, Hiroshi Okochi dari Universiti Waseda dalam satu kenyataan, semalam.

Kata Okochi kebolehupayaan mikroplastik mencapai bahagian atas atmosfera akan mendedahkannya kepada sinaran ultraungu (UV) daripada cahaya matahari menyebabkannya kemerosotannya dan seterusnya menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau.

Mikroplastik yang ditakrifkan sebagai zarah plastik di bawah lima milimeter berpunca daripada efluen industri, tekstil, tayar kereta sintetik, produk penjagaan diri dan banyak lagi.

Serpihan kecil ini ditemui di dalam perut ikan di ceruk paling dalam di lautan yang menyelubungi ais laut Artik dan menyelimuti salji di pergunungan Pyrenees antara Perancis dan Sepanyol.

Bahagian mekanisme bawaan serpihan itu masih tidak jelas, di samping penyelidikan mengenai pengangkutan mikroplastik bawaan udara masih terhad.

“Setakat ini, ia adalah laporan pertama mengenai mikroplastik bawaan udara dalam air awan,” tulis pengarang dalam kertas penyelidikan mereka.

Bukti itu mengaitkan kesan mikroplastik terhadap kesihatan jantung dan paru-paru, serta kanser, di samping bahaya alam sekitar yang meluas. – AFP/Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp