Hari ini pengorbanan mu ternoda
Engkau yang diamanahkan
Menentang musuh negara
Engkau berjuang sehingga
Anggota badan mu berkecai
Nyawa mu tergadai
Engkau tidak pernah mengkhianati
Walaupun engkau disakiti
Cacat dan hilang upaya kekal ketika mempertahankan pertiwi
Pengorbanan mu di sia siakan
Engkau yang patut di sanjung
Engkau yang patut di angkat dengan kebesaran
Di ketepikan
Maruah engkau dikorbankan
Engkau dilempar hanyut
Tanpa dipedulikan
Suaramu ditenggelamkan
Keperluan engkau dibutakan
Alasan demi alasan
Lihat lah diwaktu kini,
Ada pemimpin bangsa sendiri
Di bawah ketiak orang
Bagai duri dalam daging
Bagaikan musuh dalam selimut
Langkah demi langkah
Pengorbabanan engkau disemadikan kerana
Ada udang di sebalik batu
Demi kuasa dan nafsu
Bayangan pembelot dijulang tinggi
Sejarah si kitol berulang lagi
Puisi Oleh : Hariyati Ismail