Sejak Bila Hati Menangis,
Mengenang Maaf Yang Tak Pernah Tertulis….
Jiwa Ini Mampu Bercerita,
Seribu Janji Seribu Nada,
Ilham Pembuka Tinta Berbicara,
Syukur Syawal Empunya Cereka…
Bergema Laungan Takbir Aidilfitri,
Memecah Sunyi Alam Dihuni,
Sekian Lama Telah Diuji,
Kini Kemenangan Yang Dirai…
Masih Leka Di Senjakala,
Masih Alpa Ketika Bersenda,
Kadangkala Bergurau Terusik Jiwa,
Maaf Dipinta Andai Terasa…
Syukur Syawal Masih Bernyawa,
Mohon Agar Bertemu Semula,
Andai Ini Terakhir Bersua,
Doa Agar Aman DiSANA…
Keampunan Jiwa Tulus Setia,
Kemaafan Hati Tanda Ceria,
Usah Memohon Terluka Sahaja,
Amalkan Selalu Supaya Bahagia…
Lena Diulit Dendam Durjana,
Hapuskan Dengan Airmata Gembira,
Syukur Syawal Temukan Kita,
Kerana DIA Yang Maha ESA…
Oleh : N.I.C.E.N.I.Z.A.R