TERKINI

Pusat Sains Negara tawar tiket percuma

X Pusat Sains Negara@MyScienceCentre

2 April 2024 – Pada awal tahun 2024 ini, kerajaan telah perkenalkan inisiatif ‘AI untuk Rakyat”, dimana melaluinya sebuah program pembelajaran kendiri percuma disediakan untuk mempelajari pelbagai perkara berkaitan asas kecerdasan buatan.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Pusat Sains Negara mula menawarkan tiket masuk percuma bagi mereka-mereka yang telah menyelesaikan dua modul pada “AI untuk Rakyat” berkenaan.

Anda hanya perlu melengkapkan modul Kesedaran AI dan juga Hargai AI pada program pembelajaran berkenaan, dan seterusnya memperlihatkan lencana digital AI untuk Rakyat di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara.

Pusat Sains Negara menawarkan penebusan ini dari 1 April 2024 hingga 31 Disember 2024 ini. Dan kemasukan percuma adalah hanya terhad untuk kunjungan kali pertama sahaja. – Amanz

Facebook
Twitter
WhatsApp