SINGAPURA, 21 Julai 2023 – Tentera Laut Republik Singapura (RSN) pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi, menurut kenyataan kementerian pertahanan negara itu, lapor Xinhua.
Kapal selam baharu itu akan menjalani beberapa siri ujian di laut tempatan dan persediaan untuk beroperasi sepenuhnya.
Berdasarkan rujukan di www.mindef.gov.sg, kapal selam ini mempunyai daya tahan yang lebih lama di dalam air dengan penderia yang lebih baik, ini adalah kapal selam yang mempunyai kuasa dan sistem tempur yang lebih pintar dan maju.
Badan kapal ini sepanjang 70 meter dengan berat permukaan 2,000 tan dan 2,200 tan ketika tenggelam. Mampu membawa 28 anak kapal
Kebolehgerakan yang cepat apabila timbul, malah lebih cepat di bawah air. Kapal senyap ini boleh kekal terendam 50% lebih lama dan menavigasi melalui perairan Singapura yang cetek dan sibuk dengan lebih baik.
Impeccable, yang dilancarkan di Jerman Disember lalu, adalah satu daripada empat kapal selam kelas Invincible yang direka untuk operasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk di Singapura, kata kementerian itu. – Bernama