
Saya menyambut baik dan menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Agenda Payung Besar Melayu sebagai inisiatif menyatukan seluruh kekuatan bangsa melayu merentasi parti politik, NGO, institusi, belia dan rakyat akar umbi.
Agenda ini bukan semata mata gerakan politik, tetapi satu tanggungjawab kolektif demi memartabatkan agama Islam, mempertahankan kedaulatan bangsa dan mengekalkan kedudukan Raja-Raja melayu sebagai tonggak negara berdaulat.
Tujuan utama agenda payung besar melayu ialah untuk menyatukan parti parti politik melayu-islam dalam satu arah perjuangan menjelang PRU-16.
Ia juga bertujuan untuk menggabungkan NGO NGO melayu dan institusi dalam satu platform penyelarasan nasional serta menjadikan payung besar sebagai wadah penyatuan dan penggerak dasar kolektif bangsa.
Dengan memperkasakan Pendidikan, Ekonomi dan sosial umat melayu agar orang melayu tidak terus ketinggalan di bumi sendiri, malah ia akan memberi peluang dan ruang kepada pelapis muda kerana pada anak anak muda lah yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang.
Saya juga berpandangan tiada jalan lain untuk menjamin masa depan bangsa dengan menggerakkan satu penyatuan yang ikhlas dan strategik serta berberpandukan kepada Perlembagaan Negara.
Orang melayu sepatutnya sudah bersedia untuk melakukan pengorbanan iaitu mengorbankan ego dan Hawa nafsu masing masing dengan menghentikan perpecahan sesama sendiri dan bersedia untuk bersatu demi menghadapi cabaran nasional yang semakin mencabar orang melayu.
Azrol mansor, Aktivis NGO
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com