TERKINI

Taikun Teknologi, Elon Musk Umum xAI Pencabar Baharu Teknologi Kecerdasan Buatan

Elon Musk – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk pada Rabu mengumumkan kemunculan syarikat kecerdasan buatan baharu, xAI.

Menurut laman web syarikat, Musk yang juga pemilik Twitter dan pasukannya akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai xAI dalam perbualan Twitter Spaces secara langsung pada Jumaat.

  1. xAI bertujuan untuk memahami sifat sebenar alam semesta.
  2. Pasukan di belakang xAI terdiri daripada profesional berpengalaman yang pernah bekerja di organisasi terkenal seperti DeepMind, OpenAI, Google Research, Microsoft Research, Twitter dan Tesla.
  3. Musk meletakkan xAI sebagai pesaing kepada syarikat seperti OpenAI, Google dan Anthropic, yang terkenal dengan chatbot terkemuka mereka.
  4. Musk menyatakan kebimbangan mengenai syarikat AI sedia ada yang mengutamakan ‘politically correct’ sekali gus mempunyai rancangan untuk AI baharu yang dipanggil “TruthGPT.”
  5. xAI akan menumpukan matematik pembelajaran mendalam (mathematics of deep learning) dan bertujuan membangunkan teori segala-galanya untuk ‘jaringan saraf’ di mana ia akan membawa AI ke peringkat seterusnya. – Awani
Facebook
Twitter
WhatsApp