TERKINI

Touch n Go perkenal “GOyang-GOyang”

Aplikasi dompet GOyang-GOyang – foto Amanz

Touch n Go eWallet hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu pada aplikasi dompet digital mereka, dinamakan GOyang-GOyang. Melalui ciri berkenaan, seperti pada namanya, pengguna perlu mengoyangkan telefon mereka selepas mengaktifkan ciri berkenaan, dan ia akan memaparkan promosi berdekatan dengan pengguna.

TNG menyatakan langkah ini menjadikan ia lebih menarik untuk para pengguna menemui promosi berdekatan – berbanding perlu menatal dan melayari halaman promosi pada dompet digital tersebut.

Sebagai fasa pengenalan ini, TNG menyertakan ganjaran dan promosi daripada sejumlah rakan kerjasama, termasuk antaranya adalah Caltex, Guardian, MR DIY, llaollao, dan beberapa yang lain. Bagi anda yang berminat, boleh mengakses ciri ini dengan tap pada ikon “GOyang” melalui aplikasi TNG eWallet. – Amanz

Facebook
Twitter
WhatsApp