TERKINI

10A Matrikulasi: Anwar cabul hak keistimewaan Melayu – Ibrahim Ali

Ibrahim Ali (kiri) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 3 Julai 24 – Presiden parti Putra, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai peluang matrikulasi untuk semua pelajar 10A disifatkan sebagai mencabuli Hak Keistimewaan Melayu dalam bidang Pendidikan.

Beliau dalam satu kenyataan menjelaskan, program matrikulasi yang pada asalnya diwujudkan khas untuk bumiputera pada tahun 1998 adalah persediaan untuk pelajar Bumiputera bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran untuk ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas Isnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dan luar negara.

“Pengumuman Perdana Menteri memberi kesamarataan kepada pelajar cemerlamg memasuki Kolej Matrikulasi tanpa mengira Kaum satu lagi tindakan bolih di tafsir mencabuli Hak Keistimewaan Melayu dalam bidang Pendidikan.

“Program yang diwujudkan khusus untuk Bumiputra melayakkan mereka mendapatkan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang ikhtisas, jelas jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain di negara ini.

“Program ini diwujudkan bukan tindakan diskriminasi tetapi sebagai langkah untuk merapatkan jurang antara kaum. Katanya.

Menurut Ibrahim Ali lagi, pengumuman tersebut bersifat retorik kerana ia dibuat tanpa mengkaji kemampuan tempat di matrikulasi yang kini sudah melimpah.

“Pengumuman yang bersifat retorik politik tidak mengkaji “kebolehtampung” tempat di Matrikulasi yang sudah melimpah, mampu menampung tempat sedia ada.

“Keputusan cemerlang SPM 2023 seluruh negara ialah 3.1% seramai 11,71 orang. Dianggarkan kaum Cina 30% daripada jumlah mendapat cemerlang iaitu 3,514 individu.

Ibrahim turut menimbulkan persoalan adakah penambahan bilangan pelajar bukan bumiputera akan mengorbankan pelajar cemerlang bumiputera.

“Ketika kini komposisi pelajar di Kolej Matrikulasi 90% Bumiputra dan 10% bukan Bumiputra. Adakah untuk menambahkah bilangan pelajar cemerlang bukan Bumiputra dengan tempat yang terhad akan mengorbankan pelajar Bumiputra untuk memberi laluan kepada mereka?

“Jaminan di buat quota bumiputra tidak akan terjejas. Ya sekarang boleh cakap, tapi siapa dapat jamin quota bumiputra tidak terjejas.

“Tengok apa jadi pada Biasiswa JPA yg sudah jadi hampir 50-50 antara bumiputra dan bukan bumiputra. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menegaskan bahawa tindakan kerajaan hari ini tidak menyenangkan sebahagian besar rakyat majoriti.

Tambahnya, fahaman liberalisme dan sekularisme menyusup secara halus untuk menormalisasikan dasar kesamarataan bukan keadilan.

Baru-baru ini, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah, akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp