TERKINI

19 April Cuti Khas, 18 April Keputusan STAM – KPM

Fadhlina Sidek – foto Pendidik2u

PUTRAJAYA, 11 April 2023 – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi, 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Menteri turut berkata KPM akan mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Agama (STAM) pada 18 April ini. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp