TERKINI

Afidavit Zahid Hamidi: Boleh cetuskan kejatuhan kerajaan Anwar – Peguam Kanan

Mohamed Haniff Khatri (kiri) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 22 Apr 24 – Pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri berpendapat, afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kewujudan Titah Adendum Yang Dipertuan Agong berhubung pengampunan Dato Seri Najib Tun Razak, boleh mencetuskan kejatuhkan kerajaan Anwar Ibrahim.

Dalam satu program temubual yang disiarkan di youtube, semalam, Haniff berkata afidavit bukan isu ‘cakap kedai kopi’ tetapi ia adalah dokumen keterangan yang difailkan di mahkamah yang mana jika kandungan afidavit itu palsu, tindakan boleh diambil kepada pembuat afidavit.

“Bagi saya sebagai pengamal undang-undang, bukan orang politik langsung, (afidavit Zahid) satu bukti yang akan mencetuskan, menzahirkan kejatuhan kerajaan Anwar Ibrahim.

“Macam yang telah kita nyatakan tadi, afidavit ni bukan cakap kedai kopi, afidavit surat mahkamah, surat dokumen difailkan di mahkamah.

“Keterangan, kalau afidavit kandungan yang palsu, tindakan diambil terhadap orang yang menjadi deponent afidavit tersebut. Ujarnya

Menurut Haniff, afidavit Zahid Hamidi telah menyatakan secara langsung dan tak langsung bahawa ada titah tambahan adendum pengampunan.

“Kita tak pernah tahu (titah adendum) dan bila Najib failkan pada 1 April, kita kata apa benda ni?, maksudnya kita tak tahu sebab pihak berkenaan yang kalau benda tu wujud, wajib bagi tahu, (tapi) tak bagi tahu.

So ada Timbalan Perdana Menteri secara tak langsung mengatakan (nombor dua dalam kabinet yang dipilih dan kemudian disahkan lantikan oleh Agong oleh Perdana Menteri sendiri Anwar Ibrahim), ada titah, saya sahkan dalam permohonan yang mengatakan tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa. Jelas Haniff.

Tegas Haniff, Timbalan Perdana Menteri dari UMNO mengesahkan wujud titah Adendum tetapi pihak yang bertanggungjawab untuk patuh kepada titah Agong, tidak patuh.

“Tapi yang bertanggungjawab untuk patuh kepada titah (Agong), ada beberapa pihak pertama sekali Lembaga Pengampunan.

“Lembaga pengampunan dari segi protokolnya terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, secara tak langsung Perdana Menteri yang dikatakan jabatan agensi di bawahnya, tidak patuh.

“Keduanya Penjara, di bawah siapa? KDN, Kementerian Dalam Negeri, Saifudin Nasution, dan dikatakan penjara tak patuh titah baginda Tuanku.

“Jadi secara tak langsung, awak (Zahid Hamidi) mengatakan Menteri Dalam Negeri menyembunyikan perkara ini daripada pihak-pihak berkenaan untuk patuh.

“Jadi UMNO, Timbalan Perdana Menteri menuduh mendakwa Perdana Menteri, Pakatan Harapan, PKR dan Kementerian Dalam Negeri Pakatan Harapan PKR, sebagai tidak patuh.

Haniff turut menegaskan bahawa perkara ini bukan berkaitan perbalahan politik, sebaliknya ia adalah isu berkaitan isu tadbir urus negara.

“Ini bukannya isu politik, ini isu tadbir urus negara, seorang dalam kabinet, Timbalan Perdana Menteri kata ada, depa tak ikut, duk diam tak cakap langsung dan tak ikut.

“Macam mana kabinet tu nak berfungsi?

“Politik tidak boleh mengatasi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang dan di sini melalui apa yang didedahkan dalam afidavit, ni bukti di mahkamah seorang Timbalan Perdana Menteri mengatakan ada, secara tak langsung dia mengatakan menteri-menteri lain dalam kabinet yang dia duduk sama sebagai Timbalan Perdana Menteri, tak ikut dan ini berkaitan titah perintah ketua negara, Agong. Ujar Haniff.

Pada 17 April lalu Ahmad Zahid dilaporkan mengikrarkan afidavit itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum supaya Najib dapat menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Ahmad Zahid menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu setelah melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.

Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu, Anwar berkata ia difailkan atas kapasiti Zahid selaku Presiden UMNO.

Anwar menegaskan beliau enggan terbabit dalam perbincangan berkaitan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini kerana perbincangan mengenai titah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp