TERKINI

Ahli Parlimen DAP Dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka

Khoo Poay Tiong – foto Fb Lembaga Pelabuhan Melaka

KUALA LUMPUR, 9 Okt 2023 – Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka (MPAM) baharu bulan lepas.

Jawatan itu sebelum ini disandang oleh ahli jawatankuasa pusat MCA Koh Chin Han.

Khoo mengesahkan perkara itu kepada portal FMT ketika dihubungi.

Namanya turut diletakkan sebagai pengerusi di laman web MPAM.

Naib pengerusi DAP Melaka itu sebelum ini berkhidmat sebagai Adun Ayer Keroh selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada PRU 2008 dan 2013.

Pada PRU14 (2018), Khoo memenangi kerusi Parlimen Kota Melaka dan mempertahankannya pada PRU15 November lepas. – FMT

Facebook
Twitter
WhatsApp