TERKINI

Halang Rakyat Menegur Adalah Kerajaan Diktator – Tun M

foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2023 – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan begitu takut padanya sedangkan beliau telah kalah dalam Pilihanraya Umum 15, kata beliau dalam satu sidang media khas di ibu pejabat parti Putra, disini hari ini.

“Saya tak faham kenapa kerajaan begitu takut dengan orang Melayu sampai tak bagi berjumpa. Parti saya (GTA-Pejuang) kalah 125 kerusi pada PRU 15. Bukan kalah sedikit, tetapi semua deposit hangus

Menurut Dr Mahathir, mereka telah empat kali menempah tempat untuk mengadakan perjumpaan tetapi semua tempahan itu dibatalkan oleh pemilik premis.

“Empat kali kita pilih tempat untuk perjumpaan tapi semua tak diberi kebenaran,” ujarnya.

Menurut wakil daripada Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu, empat tempat tersebut ialah Impiana Hotel KLCC, Sime Darby Convention Centre, Hotel STEG dan IDCC Selayang. Kesemua tempahan tersebut dibatalkan tanpa menyatakan apa-apa sebab.

Dalam sidang media yang sama Dr. Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri ke Tujuh turut menjelaskan bahawa perjumpaan itu adalah untuk menegur kerajaan. Beliau menyifatkan kerajaan yang menghalang teguran ini ialah kerajaan diktator.

“Hanya diktator saja yang tak bagi orang ramai tegur kerajaan walhal dia (dulu) buat demonstrasi tiap minggu. Angkat kereta, buang dalam longkang. Kita tak ada nak angkat kereta mana-mana. Kita ikut peraturan. Tapi masih tak dibenar adakan perjumpaan sesama kita. Kita ada hak dalam negara ini, ujarnya.

Sidang media khas oleh Sekretariat Proklamasi Tanah Air ini adalah sebagai ganti kepada acara yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, namun terpaksa dibatalkan kerana kesemua tempahan telah dibatalkan oleh pemilik premis tanpa memberi butiran yang jelas. Malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp