KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2023 – Ahli Dewan Negeri Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua.
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 11 pagi ini.
Pelantikannya menamatkan spekulasi berkait jawatan menteri besar selepas pilihanraya negeri yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) Selangor hilang majoriti dua pertiga dewan negeri.
Amirudin Shari mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua buat penggal keempat berturut-turut dalam Pilihanraya Negeri baru-baru ini.
Beliau menang dengan majoriti 5,185 selepas memperoleh 19,678 undi menewaskan dua pencabar lain, Muhammad Hanif Jamaluddin (PN) dengan 14,493 undi manakala G Suman dengan 430 undi. – malayadaily.com