TERKINI

Anwar Tempelak Pengkritik Rumah Terbuka Malaysia Madani

Foto – NST

KUALA LUMPUR, 29 April 2023 – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan ‘menunggang agama’.

Perdana Menteri berkata, program itu bukan dilaksanakan atas kapasiti peribadi, sebaliknya dianjurkan kerajaan sebagai usaha mendampingi dan menyantuni rakyat.

“Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir.

“Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. – Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp