TERKINI

Bahaya idea ‘equality’ anjuran Barat – Tun M

Mahathir Mohamad (kanan) – foto facebook TDM

PUTRAJAYA, 8 Mei 24 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan umat Islam akan bahaya idea tentang persamaan yang dianjurkan oleh Barat hingga golongan lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT) dianggap sesuatu yang normal.

Dalam satu kenyataan, Mahathir berkata agenda persamaan (equality) masyarakat Barat sudah menolak kelainan antara lelaki dan perempuan hingga perbezaan jantina sudah dianggap tidak penting.

“Untuk mencapai persamaan (𝘦𝘲𝘶𝘢𝘭𝘪𝘵𝘺) masyarakat Barat sekarang sudah menolak kelainan antara lelaki dan perempuan. Tidak ada keperluan membezakan jantina. Dengan itu, mencatat jantina di kad pengenalan tidak perlu.

“Murid ke sekolah tidak perlu nyatakan jantina mereka. Sudah tentu tidak ada pengasingan bilik darjah lelaki dan perempuan.

“Sekarang di UK dan beberapa lagi negara Barat tandas asing untuk murid lelaki dan perempuan tidak perlu disediakan. Dan murid diajar supaya menerima persamaan totalyang menolak jantina. Ujarnya.

Negarawan ini juga mendakwa promosi gerakan LGBT juga berkembang di negara-negara asia hingga konsep perkahwinan dan berkeluarga tidak lagi dimuliakan.

“Ini jugalah yang diajar dan dipromosi di kalangan penuntut. Manusia semua sama. Tidak ada lelaki dan perempuan.

“Kita sudah lihat perkembangan LGBT di seluruh dunia. Negara Asia juga sudah terima perkahwinan dan keluarga sejenis. Konsep kahwin dan keluarga tidak lagi diakui dan dimuliakan.

Dalam kenyataanya, Mahathir mengakui sekalipun pandangannya ini mungkin dianggap sebagai ‘nyanyuk’ oleh sesetengah pihak, namun apa yang dikatakannya kini sedang berlaku.

“Ramai yang membaca rencana ini akan anggap ini khayalan penulis (kerana tua).

“Bagi saya tidak mengapa jikalau saya dianggap nyanyuk. Apa yang saya dakwa dalam rencana ini bukan akan berlaku.

“Ia sudah berlaku.

“Jaga-jaga apabila hantar anak ke sekolah di Eropah. Kata beliau.

Tahun lalu, laporan Persatuan Interseks, Trans, Biseksual, Gay dan Lesbian Antarabangsa (ILGA), Human Rights Watch (HRW) dan kajian “Transrespect versus Transphobia Worldwide” oleh organisasi Transgender Europe meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam isu berkaitan hak-hak golongan transgender. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp