TERKINI

Isu RCI Batu Putih : Kenyataan Azalina mendahului RCI – Haniff Khatri

Haniff Khatri – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 3 April 2023 – Peguam Kanan, Haniff Khatri menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung RCI Batu Putih di Dewan Negara yang dilaporkan pada 1 April lalu, bercanggah dengan keperluan pengadaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Malah, Haniff dalam ulasannya di laman facebook menegaskan bahawa kenyataan Azalina tersebut tidak profesional, biadap dan menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan kepentingan terkonflik dan juga mendahului RCI itu sendiri.

“Bukankah perkara-perkara ini, Azalina mendahului RCI secara salah dan dengan hormat saya mengatakan secara biadab, kerana itu adalah satu suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Ke bawah Duli Yang di Pertuan Agong.

Menurut peguam tersebut, pada 14 hari bulan Februari 2024 ke bawah Duli Yang di Pertuan Agong telah memberi perkenan di bawah Akta 119 untuk tujuan penubuhan suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) yang mengandungi 7 orang ahli suruhanjaya untuk mengenal pasti membuat keputusan dan memberi rekomendasi berkaitan isu Batu Putih ini.

“Maka bukankah menjadi tanggungjawab dan tugasan RCI untuk menjalankan siasatan mendengar keterangan saksi, membuat penemuan-penemuan yang perlu dan kemudiannya secara muktamad keluarkan rekomendasi melalui satu laporan di bawah Akta 119.

“Itulah tujuan penubuhan RCI. Ujarnya.

Namun demikian, Haniff memetik laporan kenyataan Azalina pada 27 Februari 2024 yang lalu, yang menyatakan bahawa RCI Batu Putih adalah untuk tambah baik isu kedaulatan negara, bukannya untuk mencari salah.

“Azalina sendiri telah dipetik menyatakan bahawa RCI Batu Putih adalah untuk tambah baik isu kedaulatan negara, bukannya untuk mencari salah.

“Bukankah apa yang diungkapkan di Dewan Negara (1 April), seolah-olah nak mencari salah mana-mana pihak tertentu dan bukannya seperti yang Azalina sendiri ungkapkan pada 27 Februari untuk tambah baik isu kedaulatan negara. Ujarnya.

Tambah Haniff, jelas kenyataan Azalina berkaitan penemuan yang dibuat oleh pasukan siasatan (RCI), bercanggah dengan keperluan pengadaan RCI.

“Adakah kenyataan-kenyataan yang tidak profesional seperti ini, yang menimbulkan pelbagai persoalan lanjut yang menimbulkan kepentingan terkonflik dan juga mendahului RCI itu sendiri? Soal Haniff.

Baru-baru ini, Azalina membuat kenyataan di Dewan negara berkaitan isu tersebut meliputi empat perkara iaitu;

Azalina mendakwa keputusan untuk menarik balik semakan isu Batu Putih di ICJ yang dibuat pada 29/5/2018 telah dibuat senyap-senyap oleh seorang Perdana Menteri. Beliau juga mendakwa ianya mengakibatkan kehilangan kedaulatan negara.

Azalina mendakwa pasukan siasatan yang telah ditubuhkan sebelum ini telah membuat penemuan berkaitan perkara ini dan beliau menyatakan bahawa jika Perdana Menteri berkenaan tidak hadir di RCI beliau boleh ditangkap.

“Saya syorkan kepada semua pihak terutamanya Azalina Osman Said untuk tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan yang boleh memprejudiskan RCI itu sendiri dan kredibiliti serta kewibawaan inkuiri yang dihasratkan untuk dijalankan oleh RCI yang berkenaan.

“Apatah lagi pada 20 Mac yang lalu, lebih kurang 12 hari yang lalu Azalina sendiri telah menyatakan dalam satu kenyataan beliau bahawa sekretariat RCI Batu Putih sedang aktif untuk menyusun jadual memulakan prosiding RCI mulai daripada bulan April iaitu bulan ini.

“Maka beliau sendiri wajar bersabar, beliau sendiri wajar menghormati dan memberi peluang RCI bersidang sebaik-baiknya di bawah Akta 119 seperti yang diperkenankan oleh kebawah Duli yang di Pertuan Agong, ujarnya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp