TERKINI

Bantah kekejaman Zionis dengan nota bantahan kepada sekutu

Ibrahim Ali – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Okt 2023 – Kerajaan dilihat tidak memberikan perhatian penuh terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin, kata Putra.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata, pendirian kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu kekejaman, kezaliman dan tidak berperikemanusian Zionis Israel dilihat tidak telus dan tidak jelas.

“Pengumuman sumbangan RM10 juta sumbangan kepada Tabung Kemanusian Palestin tidak mencerminkan kemarahan majoriti warga dunia sejagat selain untuk menunjukan simpati secara sepintas lalu,” katanya merujuk pengumuman Anwar ketika pembentangan Bajet 2024, semalam.

“Kenapa kerajaan Malaysia, Wisma Putra tidak memangil duta Amerika Syarikat ke Malaysia dan menyatakan kecaman kutukan di atas perbuatan zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang berterusan.

“Menimbulkan tindak balas Hamas untuk mempertahan hak rakyat Palestin tidak lebih dari menutup kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin yang berterusan seperti merampas tanah-tanah milik rakyat Palestin dan melakukan berbagai kekejaman,” kata Ibrahim, dalam satu kenyataan.

Kerajaan katanya perlu segera mengutuk dan mengecam keganasan dan kegilaan Zionis Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutu Eropah secara langsung dengan cara menyerah nota bantahan rasmi kerajaan terhadap Zionis Israel dan sekutunya melalui duta mereka.

Nota bantahan dan kecaman juga katanya hendaklah diserahkan kepada sekutu-sekutunya oleh duta-duta Malaysia kepada presiden Perancis, perdana Britain, Chancelor Germany, presiden India dan presiden Parlimen Eropah.

“Putra berharap tidak ada permainan wayang atau retorik dalam menangani isu kekejaman dan kejahatan zionis Israel sudah lebih 75 tahun.

“Kekejaman ini akan berterusan tanpa henti dan kita rakyat Malaysia yang prihatin wajib mengutuk zionis Israel dan sekutunya tanpa henti,” kata Ibrahim lagi.

Facebook
Twitter
WhatsApp