TERKINI

“Special position of Malays” dah termaktub, tak perlu dipersoalkan lagi dah – Penulis buku

Arof Ishak – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 13 Dis 23 – Communities Liaison Committee (CLC) yang dibentuk oleh British pada tahun 1949, secara konsensus telah bersetuju memasukkan ‘Special position of Malays’ dimasukkan dalam perlembagaan dalam usaha menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia selepas itu.

Ahli Lembaga Peradaban Melayu (ADAB), Arof Ishak berkata, CLC ini pernah mengeluarkan satu kenyataan pada tahun 1949 dalam bahasa Inggeris iaitu “This special position the Malays should be safeguarded, the purpose being to ensure that they are not politically dominated in their country and that as time goes on they also take on and increasingly important part in the economic life of the country”.

“Dia sebut macam tu “the Malays should be safeguarded”, ha itu jadi maksudnya CLC ni, orang Cina dengan Melayu dengan India dah setujulah, jadi kalau itu dah setuju dalam CLC, hari ini kita tak boleh timbulkan lagilah masalah special position, tak boleh tak boleh timbulkan lagi dah.

“Itu dah terpahat dah bersetuju dalam 1949 ini mengikut laporan apa High Commissioner British ke tanah jajahan pejabat tanah jajahan di London 1949. Ujarnya dalam wawancara bersama malayadaily.

Arof yang juga penulis buku “The Malay Civilization” menambah, ketika Tanah Melayu berbincang mengenai kemerdekaan dan penubuhan sebuah negara, berlaku banyak perbincangan antara British, Raja-raja Melayu dan pemimpin Melayu khususnya Dato’ Onn Jaafar.

“Zaman tahun 1948/49 maksud ada perbincangan antara British dengan Raja Raja Melayu dan pemimpin Melayu Dato’ Onn khususnya.

“Ada perbincangan untuk memikir-mikirkan macam mana nak membentuk perlembagaan Tanah Melayu ni apa bentuk negara yang akan diwujudkan maka dia wujudkan oleh British.

“Jadi lima orang pemimpin orang Melayu, lima orang pemimpin orang Cina dibentuk untuk bermesyuarat secara informal, agak 10 kali adalah untuk berbincanglah macam mana kaum ni politik nanti untuk perlembagaan ni untuk negara yang akan merdeka ni macam mana apa yang harus dimasuk dalam perlembagaan ni lah jadi pengerusi apa ni pengerusi.

“Ini dipanggil ‘Communities Liaison Committee’ (CLC) atau pun Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

Menurut Arof, CLC dipengerusikan oleh orang India, Encik Thuraisingham kerana Dato’ Onn enggan menjadi pengerusi atas alasan dia mahu berhujah lebih.

“Dato’ Onn tak mahu jadi Chairman, dia kata kalau saya jadi Chairman saya tak dapat nak berhujah sepenuh penuhnya.. terpaksa… Chairman ni lain sikit dia tak dapat nak berhujah sangat, dia tak mahu jadi Chairman, jadi Thuraisingham, jadi India jadi Chairman.

“Tan Cheng Lock ketua orang Cina dah ketua orang Melayu Dato’ Onn, jadi akhir-akhirnya kumpulan ini, mereka bersetuju bahawa orang Cina dan India, konsensuslah bersetuju bahawa ‘Special position Malays’ dimasukkan dalam perlembagaan, mereka setuju. Ujar Arof. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp