TERKINI

BERSATU selesai lantik ketua dan pimpinan negeri

Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 19 Jan 2025 – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang bermesyuarat semalam, telah melantik ketua-ketua Badan Pimpinan Negeri dan Timbalan berserta melantik 5 orang Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi melengkapkan senarai pimpinan untuk memperkukuhkan pergerakan parti itu.

Dalam satu kenyataan media oleh Setiausaha Agung BERSATU yang baharu, Dato Seri Azmin Ali memaklumkan perkara tersebut beserta senarai penuh ketua-ketua dan pimpinan yang lain.

Antara lima nama yang dilantik adalah Tan Sri Noh Omar dari Bahagian Tangjung Karang dan YB Datuk Harisson Hassan dari Bahagian Kuala Selangor.

Sementara itu, Selangor diketuai oleh Dato Seri Azmin Ali, manakala Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dilantik mengetuai kepimpinan Wilayah Persekutuan, dan Melaka pula diketuai oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik yang juga mantan Ketua Menteri Melaka 1982-1994.

YB Datuk Ronald Kiandee dan YB Ali Biju masing-masing mengetui Sabah dan Sarawak.

Antara tokoh muda yang dilantik sebegai ketua negeri, Yb Mohammad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan), Yb Dato Dr Sahruddin Jamal (Johor).

“YB Presiden juga telah melantik 5 orang Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua-Ketua Badan Pimpinan Negeri dan Timbalan masing-masing selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Parti.

“Gabungan pimpinan muda, profesional dan pimpinan yang berpengalaman diyakini akan membantu memperkukuhkan organisasi Parti dan meneruskan idealisma BERSATU. Katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Azmin membertahu bahawa antara perkara utama yang dibincangkan oleh MPT adalah mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

“BERSATU sedang mengadakan perbincangan dan libat urus dengan pelbagai pihak di kalangan pemegang taruh di Sabah, memperhalusi kawasan-kawasan tumpuan dan menyediakan manifesto untuk masa depan rakyat Sabah. Ujarnya.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai tempoh sehingga Oktober tahun ini sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan untuk memberi laluan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bermakna pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sama ada sebelum atau sehingga tempoh tamat. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp