TERKINI

“Bosan Atau Tidak, Keluarlah Mengundi” – Tun Mahathir

Foto – facebook Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada pengundi Melayu jika mereka tidak keluar mengundi, calon yang tidak baik dan apabila menjadi kerajaan mereka akan menyalahgunakan kuasa.

Dalam satu hantaran di media sosial twitter, Mahathir menyifatkan mereka yang tidak keluar mengundi adalah samalah dengan mengundi calon yang bergantung kepada sogokan.

“Tidak mengundi samalah dengan mengundi calon yang bergantung kepada sogokan.

“Mereka yang bergantung kepada sogokan bukanlah calon yang bersih. Jika mereka mendiri Kerajaan, mereka akan salah guna kuasa dan mencuri.

Mahathir berkata demikian kerana orang Melayu dilihat merasa bosan dengan politik semasa, namun beliau berpendapat bahawa mereka tidak dapat mengelak kerana pada hakikatnya, dengan mengundi sahaja kerajaan boleh ditubuhkan.

“Ramai orang Melayu yang berpendapat politik membosan. Oleh itu apa gunanya mengundi dalam pilihanraya.

“Sama ada politik bosan atau tidak, hakikatnya ialah undi menentu siapa jadi kerajaan. Ujarnya.

Menurut Mahathir, hanya kerajaan yang didiri oleh wakil rakyat yang bersih sahaja yang akan berkhidmat untuk bangsa, negara dan agama.

“Jangan bosan dan tidak undi. Tidak undi bermakna mengundi calon yang berniat jahat, yang akan rosakkan masa depan pengundi. Katanya.

Tahun ini, akan menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp