KUALA LUMPUR, 5 Jan 2024 – Peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi disifatkan sebagai suatu pembaziran dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, demikian pandangan Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menurutnya, cadangan Datuk Dr Puad Zarkashi yang menyarankan agar J-Kom dirombak semula sebagai sesuatu yang melucukan.
“Sebenarnya, saya geli hati dengan cadangan Puad Zarkashi yang menyarankan agar J-Kom dirombak semula dengan membuat penjenamaan baru secara total.
Khairuddin mendakwa bahawa peranan dan tanggungjawab J-Kom hanyalah sebagai platform propaganda kerajaan madani.
“Peranan dan tanggungjawab J-Kom hanyalah untuk menipu, memutar-belitkan fakta serta dijadikan sebagai platform propaganda untuk kerajaan Madani semata-mata.
“Apa manafaat yang rakyat dapat dari penubuhan J-Kom?
“Membayar kos penubuhan J-Kom amat merugikan dana kerajaan serta duit rakyat. Ujar beliau.
Baru-baru ini, Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengsyorkan supaya Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujud ‘Langkah Dubai’.
Beliau menyifatkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Ismail Yusop itu ‘cetek’ dan menyebabkan kerajaan dalam keadaan defensif apabila beberapa nama dalam kerajaan disebut-sebut terbabit dalam gerakan itu. – malayadaily.com