TERKINI

Calon Ketua Armada lancar kempen pemilihan

Hilman Idham – foto malayadaily.com

PETALING JAYA, 4 Okt 24 – Kempen pemilihan parti BERSATU bagi 2024-2027 membuka tirai dengan majlis Pidato Penerimaan Pencalonan dan Pengenalan calon-calon yang mana calon Ketua Armada YB Hilman Idham melancarkan kempennya, disini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia, Hilman dalam pidatonya berkata bahawa setiap calon yang bertanding harus merayakan pesta demokrasi ini dengan penuh kesedaran, tanggungjawab dan semangat kekeluargaan demi mencapai objektif untuk memperkukuhkan parti.

“Kita mahu membangunkan pasukan yang terbaik untuk maju ke medan perang. Ujarnya.

Dalam ucapan tersebut, Hilman menegaskan bahawa Pergerakan Armada BERSATU Malaysia harus kembali memaknai peranan besar perjuangan anak muda.

“Armada adalah masa depan BERSATU. Kedinamikan Armada adalah kelestarian BERSATU. Kegagahan Armada adalah kemegahan BERSATU.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli Armada bahawa mereka wajib menekuni, menghayati serta menyerap tekad dan iltizam perjuangan BERSATU ke sanubari.

Menurutnya, tanpa idealisme yang digilap, semangat perjuangan akan luntur tanpa pegangan dan pedoman.

Hilman yang pernah mendapat latihan politik di Indonesia berharap agar pemilihan ini akan membuka ruang yang luas untuk meneroka lebih banyak potensi dan bakat-bakat baru.

“Kepimpinan yang akan dipilih, akan membentuk kabinet perang yang pastinya lebih dinamik, berdaya dan progresif. Justeru, kita harus terbuka untuk bekerja dan berjuang dengan seluruh kekuatan yang ada, tanpa mengira jalur dan latar sejarah masing-masing.

“Yang menang akan memimpin, yang kalah harus dirangkul. Setiap ahli BERSATU adalah aset kepada parti. Katanya.

Dalam pidato tersebut, beliau turut melancarkan Testament Politik Armada.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan BERSATU, Saiful Adli Mohd Arshad, mengumumkan senarai calon pemilihan kali ini yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin menang tanpa bertanding dalam pemilihan penggal 2024-202.

Bagi jawatan Ketua Armada Malaysia, Saiful Adli berkata, dua calon disahkan layak bertanding, iaitu Muhammad Hilman Idham dan Akmal Zahin Zainal Abidin. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp