TERKINI

Calon PN Buat Laporan polis, dakwaan peti undi dibuka

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2023 – Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi DUN Paya Terubong, Pulau Pinang Ooi Gheen Oon akan membuat laporan polis petang ini.

Ia berikutan penemuan satu peti undi yang didakwanya berisi ratusan kertas undi ketika membuat tinjauan di pusat pengundian SK Seri Relau, hari ini.

“Satu peti undi berisi ratusan kertas undi ditemui calon Ooi Gheen Oon (Perikatan Nasional) kerusi DUN Paya Terubong ketika membuat tinjauan di pusat pengundian SK Seri Relau, Pulau Pinang hari ini.

“Calon tersebut dijangka akan membuat laporan polis membabitkan isu berkaitan di IPD Timur Laut kira-kira jam 2.30 petang ini,” memetik laporan media sosial Malaysia Gazzette.

Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin turut membuat hantaran berkaitan perkara itu di laman Facebook Chegu Bard Original beserta rakaman video yang memaparkan sebuah peti undi yang didakwa ikatan yang sudah dibuka.

“Seal peti undi dibuka ketika sedang proses, lagi cubaan penipuan, mereka sedang mencuri hak kita.

“Pertingkat ketegasan semua PACA dan bersedia untuk semua kemungkinan, hanya dengan keluar beramai-ramai kita mampu pertahan hak kita,” katanya, yang dikenali sebagai Chegu Bard. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp