TERKINI

Che’gu Bard mahu serah memorandum desak PM beri penjelasan isu Nurul Izzah

Badrul Hisham Shaharin (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Feb 2024 – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, akan mengadakan sidang media di perkarangan bangunan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menurutnya, sidang media itu berkaitan memorandum untuk mendesak penjelasan Perdana Menteri berhubung dakwaan Nurul Izzah telah dilantik sebagai penasihat dan dibayar gaji yang tinggi untuk perkhidmatan tersebut.

Sidang media itu dijangka pada hari ini pada jam 2.30 petang di pintu masuk Pejabat Perdana Menteri.

Baru-baru, satu laporan polis telah dibuat terhadap Che’gubard berhubung kenyataan berunsur fitnah membabitkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, menerusi hantaran di Facebook.

Memetik laporan oleh Awani, menurutnya, Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri berkata, hantaran tersebut turut memaparkan maklumat peribadi Nurul Izzah termasuk nama dan alamat yang bersifat sulit.

Menurutnya, ia secara tidak langsung mengganggu-gugat keselamatan dan privasi diri serta keluarga mangsa.

“Saya berharap agar tindakan serius dapat diambil terhadap pemilik akaun Facebook itu dan individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat serta dokumen peribadi tanpa kebenaran.

“Ini untuk memastikan segala maklumat, data, hak privasi dan keselamatan semua dilindungi serta perkara tersebut tidak akan berulang kepada orang lain,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.

Sebelum itu, seorang pengguna Facebook memuat naik satu hantaran berunsur fitnah terhadap Nurul Izzah yang mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) serta menerima gaji sebanyak RM35,000.

Hantaran tersebut turut menyatakan Nurul Izzah dibekalkan dua kakitangan dengan gaji antara RM5,000 hingga RM20,000. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp