TERKINI

Chegu Bard Tuntut Penjelasan Kerajaan Negeri Selangor Status Hutan Simpan Bukit Lagong

Badrul Hisham Shaharin – foto facebook Chegu Bard

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2023 – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin menuntut jawapan daripada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari status kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong yang dakwanya diberikan kepada pelbagai pihak.

Badrul yang dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa, antara 27 plot yang dibuka, terdapat antaranya adalah anak kepada pimpinan PKR Gombak.

“Dipercayai syarikat bertaraf RM2 dan baru ditubuhkan sebelum memperolehi kuari hutan tersebut adalah pemilik syarikat berusia 30 tahun.

“Syarikat itu mendapat anugerah kuari hutan bernilai jutaan ringgit. Amiruddin kena jawab kerana menurut carian kami pemuda itu ialah anak kepada pimpinan PKR kawasan Gombak,” kata Chegu Bard, dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, antara syarikat yang menerima plot berkenaan adalah anak syarikat Menteri Besar Diperbadankan (MBI), dan Koperasi Jabatan Hutan Selangor.

Beliau juga mempersoalkan nilai balak yang dikeluarkan daripada kawasan tersebut.

“Adakah kerajaan negeri guna terma baru iaitu kuari hutan bagi meliwat kawasan hijau tanpa menukar taraf hutan simpan?

“Sebanyak mana balak dikeluarkan atas nama kuari hutan juga perlu diperjelaskan. Jabatan Hutan seharusnya menjaga hutan tetapi dibawah kerajaan luar tabie, Koperasi Jabatan Perhutanan Selangor turut dapat hak teroka hutan simpan. Adakah ini operasi semua dapat habuan untuk tutup kegiatan luar tabii,? katanya.

Pada September lalu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Projek Pendedahan Rimba (RDP) telah mendedahkan tanah Hutan Simpanan Bukit Lagong dijual pada harga RM150,000 seekar di laman web EdgeProp.

“Secara keseluruhan, sejumlah 40.468 hektar hutan simpanan sedang dijual di laman web untuk tujuan kuari.

“Adakah ini menunjukkan syarikat-syarikat yang dapat ialah syarikat yang tidak kompiten, dimana menjual kuari hutan itu selepas mendapat anugerah dan adakah dana penjualan kuari hutan masuk ke kocek ahli politik regim campuran sebagai untung atas angin?” soal Chegu Bard lagi.

Susulan itu, beliau telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, dan disertakan dokumen mengandungi 200 muka surat.

“Melalui dokumen-dokumen yang dihantar jelas menunjukkan telah berlaku beberapa salah laku dari segi teknikal dan moral,” dakwanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp