TERKINI

Chegubard didakwa di Mahkamah hari ini – Peguam

Badrul Hisham Shaharin (kiri), Rafique Rashid (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 29 Apr 24 – Ahli parti Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali dengan Chegu Bard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Peguam, Rafique Rashid Ali, yang mewakili Badrul Hisham berkata, anak guamnya akan didakwa pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur.

Menurut Rafique, Chegu Bard akan berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd mengadap Sultan Ibrahim,” kata peguam itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Che’gubard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

“Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan,” katanya dalam kenyataan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp