TERKINI

Dasar UiTM: Profesor cadang UiTM wujudkan pengajian Cina agar bumiputera faham dan mampu bersaing

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 19 Mei 24 – Pakar sejarah sosial dan intelektual, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican mencadangkan agar Universiti Teknologi MARA (UiTM) mewujudkan kurus pengajian Cina diperingkat ijazah agar ilmu pengetahuan mengenainya dapat dikumpul dan dipelajari.

Menurut Ahmad Murad lagi, beliau sebelum ini pernah menyuarakan pandangan agar UiTM membuka satu program peringkat ijazah iaitu pengajian Cina, yang bertujuan untuk mengumpul pengetahuan mengenai budaya dan institusi masyarakat Cina di Malaysia.

“Saya ada menulis pada 2008, di utusan, UiTM perlu mewujudkan program, ijazah sarjana muda pengajian Cina, tapi saya ditertawakan oleh profesor-profesot dan pentadbir UiTM. Mereka kata, ini institusi Melayu, mengapa kita kena kaji Cina.

“Ini pun satu fikiran yang yang pelik, sebab kita kena mengaut dan menerbitkan ilmu mengenai budaya dan ekonomi (orang) Cina untuk kita bersaing dengan Cina.

“Jadi BA (Bachelor of Arts) Cina tu memerlukan tenaga pengajar Cina juga, so kita menggunakan ilmu mereka untuk strategi UiTM, strategi ini bukan sentimen. Ujar beliau.

Ahmad Murad memberi contoh bagaimana pemimpin DAP membuat dan mengumpul banyak kajian menerusi tesis mereka mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengkaji sikap dan budaya orang Melayu sejak 20 tahun lalu.

“Sekarang ni kita kalau kita nak tahu mengenai masyarakat Cina, yang pesaing kita, yang amat dekat, kita pergi ke sumber-sumber lain, mengapa kita tak tak boleh buat sumber kita sendiri kaji masyarakat Cina.

“Dalam landskap akademik selama 30-40 tahun, tidak ada tesis yang saya dapat mengenai budak Melayu PhD ke Master ke, yang mengkaji masyarakat dan institusi-institusi Cina di Malaysia.

“Tetapi kita dapat banyak orang Cina kita, mengkaji institusi-institusi Melayu di Malaysia dan kita marah sebab apa mereka kaji untuk tujuan strategi.

“(Pemimpin) DAP buat bahasa tesis mengkaji tema-tema yang berkaitankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sikap orang Melayu, misalnya. Itu semua mereka dah kumpul selama 20 30 tahun, kita tidak nampak. Tegas beliau.

Ahmad Murad sebelum ini, berpendapat bahawa UiTM harus membuka penyertaan pelajar bukan bumiputera atas justifikasi menstrategikan kembali institusi tersebut demi manfaatkan orang Melayu.

Terdahulu, beberapa pihak menggesa UiTM agar membuka penyertaan program kepada bukan bumiputera. Pandangan tersebut mendapat bantahan keras dari pelbagai pihak yang mahu institusi tersebut mengekalkan dasarnya sebagai wadah pendidikan tinggi bumiputera. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp