TERKINI

Fahmi Fadzil diingatkan berkata benar isu Ops Lalang – KP Pejuang

malayaadaily.com

PUTRAJAYA, 29 Apr 24 – Ketua Penerangan parti Pejuang, Rafique Rashid menempelak Menteri Komunikasi agar bercakap benar dalam dakwaannya mengatakan di zaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tiada kebebasan bersuara.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, Rafique turut memuatnaik rakaman video Allahyarham Tun Haniff Omar, mantan Ketua Polis Negara (KPN) yang memberitahu dalam sebuah majlis bahawa menjadi tugas beliau untuk menasihati Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri berhubung Ops Lalang.

Menurut Rafique lagi, video itu membuktikan dakwaan bahawa Mahathir mengarahkan Ops Lalang adalah tidak benar.

“Kalau kita tengok video ini jelas pada tahun dan waktu itu Allahyarham Tan Sri Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara menjelaskan siapa sebenarnya yang telah bagi arahan

“So nasihat saya kepada Fahmi Fadzil Menteri komunikasi, bagi tahulah perkara sebenar kepada rakyat, terangkan dengan betul.

“Jangan hipokrit Fahmi Fadzil, jangan lupa sejarah Fahmi Fadzil, ujar Rafique.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, agar tidak bersikap hipokrit apabila mendakwa kononnya kerajaan hari ini mengambil tindakan terhadap pengkritiknya di media sosial.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Syed Saddiq berkemungkinan lupa, suatu masa dahulu terdapat seorang pemimpin yang mengambil tindakan terhadap media dan mereka yang tidak bersetuju dengan pemimpin tersebut.

“Mungkin dia (Syed Saddiq) mudah lupa, zaman dulu sebelum dia lahir ada seorang pemimpin ni, waktu itu tak ada kebebasan bersuara, orang yang berdemo kena pukul, wartawan yang menulis mungkin akhbarnya kena ‘gam’.

“Mereka yang tak bersetuju akan ditangkap dalam Ops Lalang. Tanya balik idola beliau waktu itu. Kalau nak bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang, macam langit dengan bumi, jadi, janganlah hipokrit,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp