KUALA LUMPUR, 3 Jan 2024 – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia (Gabung) bakal menyerahkan memorandum kepada Ibu Pejabat DAP berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pengerusi Gabung, Aminuddin Yahaya berkata, Gabung yang terdiri daripada 46 pertubuhan juga bersedia bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu.
Salah seorang wakil Gabung, Syed Hasan Syed Ali berkata, NGO-NGO Melayu tidak menerima permohonan maaf YB Ngeh kerana perkara yang sama pernah berlaku beberapa kali dan setiap kali permohonan maaf, tiada kes yang diambil tindakan.
“Saya ingin tekankan bahawa semua NGO-NGO Melayu tidak menerima permohonan maaf YB Ngeh, bukan saja YB Ngeh, sebelum-sebelum ini pada Howard Lee juga pernah mengeluarkan satu ayat mentafsirkan satu ayat Al-Quran hanya kerana untuk mengkritik seorang pemimpin Islam menggunakan ayat Quran yang tidak dia faham, menyerang pemimpin Islam. Minta maaf, lepas.
“Tak ada apa-apa pun, saya difahamkan ada kertas siasatan dibuat, tapi senyap. Ujarnya.
Hasan yang juga Presiden Perkasa, juga mengingatkan bahawa sebelum ini, Lim Guan Eng juga pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan jika parti Islam memerintah, kuil dan rumah ibadat agama lain akan roboh, namun tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak bekruasa.
“Guan Eng mempertikaikan jika parti Islam memerintah, lebai-lebai ini kononnya mentakrif atau pun menyebut lebai, melilit kepada dia sebut akan robohlah rumah-rumah berhala, rumah-rumah kuil bukan Islam, satu kenyataan yang sangat dahsyat tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Katanya.
Dalam sidang media yang sama, Hasan percaya bahawa ada kertas siasatan berhubung isu-isu tersebut, namun tidak pernah didakwa dan keputusan kertas siasatan tidak diketahui sehingga sekarang.
“Saya percaya ada kertas siasatan, tapi semuanya tidak pernah didakwa dan tak tahu apa keputusan kertas siasatan sehingga sekarang.
“Tapi bila kena kepada pemimpin Melayu, tak sampai berapa hari dah didakwa, bukan siasat lagi, tangkap. Lepas tu baru nak siasat, lepas tu didakwa.
“Kita rasa sudah sampai satu tahap kami tidak boleh lagi bersabar. Kerajaan tidak ambil tindakan yang tegas, pihak berkuasa pilih kes dan saya ingin memintalah pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang berada dalam Pakatan ‘Hanat’, Pakatan Haram jadah, Pakatan yang akan menghilangkan kuasa politik orang Melayu, Pakatan yang akan hilangkan kepentingan Islam dan Melayu, tinggalkanlah Pakatan ini. Tegasnya. – malayadaily.com