PUTRAJAYA, 27 Nov 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan bukti yang menunjukkan ribuan rakyat Israel terbunuh oleh serangan Hamas sejak 7 oktober lalu.
Mahathir berkata, hingga kini kita tidak melihat apa-apa daripada 1400 orang Israel yang terbunuh pada hari pertama, yang didakwa oleh Israel.
“Kami tidak melihat di TV atau gambar 1400 orang Israel yang mati.
“Kita tidak dapat melihat bangunan yang telah terkena roket oleh Hamas. Dan kita tidak melihat seorang pun daripada dua puluh lima tentera Israel yang telah terbunuh.
Menurut Mahathir lagi, Israel mendakwa bahawa serangan mereka terhadap Hamas adalah kerana orang Palestin telah berani membunuh orang Israel. Justeru, pastinya gambar-gambar pembunuhan dan kemusnahan yang disebabkan oleh Hamas akan menunjukkan mengapa Israel menghukum Gaza.
“Tetapi tiada apa yang ditunjukkan tentang penderitaan orang Israel.
“Adakah benar bahawa pada hari pertama Hamas membunuh 1400 orang Israel?
“Benarkah reaksi Israel disebabkan provokasi oleh Hamas.
Mahathir mengingatkan bagaimana alasan serangan terhadap Iraq sebelum ini adalah kerana ia dikatakan mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Tetapi kini diakui bahawa Iraq tidak mempunyai senjata sedemikian.
“Adakah 1400 orang Israel ini tidak terbunuh.
“Adakah ia satu penipuan; bahawa Israel membuat pembohongan ini untuk membenarkan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, untuk membenarkan pencerobohan Gaza dan memaksakan pemerintahan Israel ke atasnya. Katanya. – malayadaily.com