
SHAH ALAM, 27 Mac 25 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyarankan satu kertas putih diterbitkan dalam usaha mereformasikan hal ehwal dasar dapat dibuat secara lebih menyeluruh.
Dalam Wacana bertajuk PM Dua Penggal – Sekat Diktator atau Gimik politik, semalam, Wan Saiful berkata kertas putih tersebut akan membolehkan lebih banyak idea mengenai cadangan menghadkan penggal jawatan perdana menteri.
“Tapi once kita seat down dan betul-betul usahakan penerbitan kertas putih ini, akan datang idea lain, idea mengenai tadi mengenai bangsa dan agama, akan datang juga idea mengenai adakah kita perlu bawa ke peringkat Menteri besar dan ketua menteri, akan datang macam macam idea lain.
“Ini yang kita perlu lakukan untuk kita move forward daripada yang agak negatif yang berlaku sekarang ni. Ujarnya.
Ketika mengulas isu yang sama, Wan Saiful yang juga Ketua Bahagian BERSATU Bangi menolak pandangan untuk menghadkan umur untuk jawatan perdana menteri kerana faktor usia tidak menjamin pemimpin tertentu itu baik.
“Dengan membuka ruang kepada orang yang baru, dia tidak semestinya lebih muda, saya tak berapa setuju dengan idea untuk hadkan umur tadi sebab kadang-kadang pemimpin yang baik ini datang di pelbagai peringkat umur.
“Jadi bagi saya saya lebih terbuka tapi siapa-siapa pun pegang (jawtaan PM) biar ada hadnya jadi saya lebih suka bercakap mengenai ia membuka ruang untuk muka-muka baru, ia membuka ruang untuk idea-idea baru masuk dalam kerajaa. Ujarnya.
Beliau menambah, sekiranya ini berlaku ia akan juga membuka ruang untuk pemimpin pelapis bersedia untuk mengambil alih kepimpinan.
“Ia membuka ruang untuk kita tahu bahawa okey (masa akan) datang pada tahun sekian.. sekian, maka orang ni akan tamat penggalnya, maka kita kena bersedia untuk apa nak dibuat selepas pada individu-individu tertentu yang pegang jawatan sekarang.
“So banyak perkara positif yang datang. Jelasnya. – malayadaily.com
Rakaman wawancara tersebut boleh ditonton di sini.