TERKINI

Halang Bincang 3R Menidakkan Kebebasan Bersuara – Tun Mahathir

Mahathir Mohamad – foto Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan menghalang perbincangan berkenaan 3R adalah menidakkan kebebasan bersuara.

“Menghalang perbincangan berkenaan tiga perkara ini menidakkan kebebasan bersuara.

“Ia amat serius, ujar Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman sosial facebook, hari ini.

Menurut Mahathir, jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh “race” atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan “multiracial” juga menyentuh “race”, namun mengapa isu berbilang bangsa boleh disentuh tetapi satu bangsa tak boleh disentuh?

“Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh “race” atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan “multiracial” juga menyentuh “race”.

“(Namun), kenapakah berbilang bangsa atau kaum (race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh.

“Kemudian agama. Kita tidak boleh bincang masalah agama, tetapi kita boleh bercakap berkenaan “secularism”.

Mahathir turut berkata, “Secularism” bermakna tidak boleh ada agama rasmi, dan beliau mempersoalkan mengapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh.

Beliau juga menyentuh hal berkaitan institusi raja yang mana beliau menegaskan bahawa Raja seperti rakyat yang tertakluk kepada undang-undang.

“Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja.

“Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil.

“Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan.

Mahathir yang kini mencecah umur 98 tahun menegaskan jika undang-undang (menghalang perbincangan 3R) ini hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu mendapat kelulusan dewan rakyat.

“Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

“Jika ini tidak dilakukan, kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp