
KUALA LUMPUR, 26 Mac 25 – Timbalan Presiden BERSATU, Dato Seri hamzah Zainudin mengumumkan penyertaan mantan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon ke dalam parti BERSATU.
Hamzah dalam catatan di laman facebook beliau memaklumkan penyertaan Leong Kim Soon bersama 100 yang lain dikalangan masyarakat Cina dan India kawasan Bentong, Pahang.
“Saya mengalu-alu dan mengucapkan selamat datang kepada Datuk Leong Kim Soon ke dalam keluarga Bersekutu BERSATU.
“Penyertaan beliau bersama lebih 100 masyarakat Cina dan India Bentong merupakan manifestasi nilai inklusiviti BERSATU sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Katanya.
Leong Kim Soon merupakan anak jati Bentong dan berpengalaman luas dalam politik. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Setiausaha Agung Pemuda MCA dan Ketua Pemuda MCA Pahang.
Dalam catatan yang sama, Hamzah menzahirkan penghargaan kepada BERSATU Bentong yang telah berjaya membentuk jalinan dengan pelbagai pihak demi memperkukuhkan parti.
“Tahniah dan terima kasih jua buat BERSATU Bentong di bawah pimpinan saudara Nurul Qomar Abd Talib yang berjaya membentuk jalinan hubungan yang kuat dengan pelbagai pihak dan ianya merupakan kekuatan tambahan kepada parti.
Dalam perkembangan yang sama, Sin Chew melaporkan Leong secara rasmi diumumkan sebagai anggota sayap bersekutu Bersatu pada majlis berbuka puasa di Bentong, Pahang, semalam.
Media yang sama turut menyebut hamzah telah secara serta merta melantik Leong sebagai anggota sayap Bersekutu. – malayadaily.com