TERKINI

Hanya Dengan Suara Mampu Selamatkan Kanak-Kanak Didera, kata peguam

Wan Azliana Wan Adnan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2023 – Jiran adalah mata dan telinga terdekat yang berupaya membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, kata Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Wan Azliana Wan Adnan.

Peguam itu berkata, suara dan jeritan kanak-kanak yang didera adalah satu-satunya cara yang boleh membantu mereka daripada terus menjadi mangsa manusia yang tidak berperikemanusiaan.

“Jiran-jiran adalah orang yang terdekat yang boleh membanti mangsa. Jadilah mata dan telinga bagi mangsa. Jika lihat mangsa didera, jika dengar mangsa menjerit,menangis, gunalah suara untuk melaporkan pada pihak berkuasa.

“Hanya dengan suara, itu sahaja yang perlu untuk menyelamatkan kanak-kanak yang didera,” katanya, dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk insiden penderaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Wan Azliana berkata, tanggungjawab melindungi kanak-kanak bukan hanya tanggungjawab ibu bapa atau penjaga, ia adalah tanggungjawab bersama yang melibatkan pelbagai pihak.

“Di dalam kes ini saya ingin mengucapkan syabas kepada jiran-jiran yang cakna dan mengambil tindakan untuk membantu mangsa dera.

“Intervensi dari jiran jiran itu menyelematkan mangsa dari kecederaan yang mungkin lebih teruk dari itu,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya yang merupakan warga asing.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera mangsa di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang.

Ibu kanak-kanak itu direman enam hari manakala rakannya direman tujuh hari bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Facebook
Twitter
WhatsApp