TERKINI

Hari Pekerja : Kerajaan Diharap Terus Bela Kebajikan Pekerja

Khairuddin Abu Hassan – foto ABC

KUALA LUMPUR, 1 Mei 2023 – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini berharap pihak kerajaan dapat terus memainkan peranan proaktif dalam membela kebajikan para pekerja di segenap lapisan.

Bercakap kepada malayadaily.com, Khairuddin mengingatkan bahawa kerajaan berperanan untuk terus membangunkan kualiti keseluruhan pekerja di semua peringkat.

“Kita kena terus membangunkan kualiti keseluruhan pekerja dari peringkat atas hinggalah ke bawah kerana pada realitinya para pekerja adalah enjin kepada pembangunan negara.

“Walaupun seseorang itu hanyalah sebagai ‘buruh kasar’ atau ‘pekerja kilang’ namun sumbangan mereka untuk membangunkan segala aktiviti ekonomi negara tidak dapat dinafikan. Ujarnya.

Beliau mewakili Sekretariat Proklamasi Orang Melayu mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat pekerja di seluruh Malaysia.– malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp