TERKINI

Himpunan SEPAKAT Langkawi nyatakan solidariti kepada Palestin

NGO SEPAKAT Langkawi – foto Facebook SEPAKAT Langkawi

LANGKAWI, 18 Nov 2023 – Pertubuhan Sepakat Langkawi (SEPAKAT) membuat lima tuntutan berhubung perang di Palestin iaitu menggesa gencatan senjata sepenuhnya dan embargo (menyekat) bekalan senjata api kepada Israel.

Jurucakapnya, Tengku Aliff Sulaiman Tengku Jamil berkata, antara lain tuntutan itu ialah mewujudkan koridor kemanusiaan di Rafah, membawa perdana menyteri Israel Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menghentikan liputan hipokrit media barat serta mendesak negara-negara Islam untuk memutuskan semua hubungan dengan Zionis.

“Melalui perhimpuan aman dan inisiatif penerangan, kami mendesak gencatan senjata sepenuhnya dan embargo senjata ke atas pihak Zionis. Penghentian keganasan adalah
langkah penting untuk mencipta persekitaran yang kondusif bagi dialog dan penyelesaian diplomasi.

Dalam satu perhimpunan aman solidariti Palestin Langkawi yang diadakan pada Jumaat, NGO tersebut menegaskan sokongan dan solidariti yang teguh kepada saudara-saudara di Palestin.

Himpunan SEPAKAT Langkawi – foto Persserta himpunan

“SEPAKAT Langkawi dengan tegas menyatakan sokongan dan solidariti yang teguh kepada saudara-saudara di Palestin yang dengan keberanian menentang penjajahan yang tidak adil oleh Israel serta pengenakan dasar apartheid yang tidak manusiawi.

“Kami mengutuk dengan tegas penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di bawah pemerintahan zalin Zionis. Ujar mereka.

SEPAKAT Langkawi berharap agar dunia dapat menyaksikan dan menyokong pembentukan satu realiti di mana rakyat Palestin dapat menikmati hak dan kebebasan mereka sepenuhnya.

“SEPAKAT Langkawi mengajak semua pihak yang peduli untuk bergabung dalam usaha ini demi mencapai keadilan dan perdamaian di rantau ini dan seantero dunia. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp