TERKINI

Hubungan Muhyiddin-Haji Hadi ‘Dingin’, tak betul – Marzuki

Marzuki Mohamad (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 2 Feb 2024 – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad menafikan laporan media yang mendakwa hubungan antara Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dikatakan ‘dingin’.

Dalam satu entri di media sosial facebook, Marzuki berkata selepas Muktamar PAS, hanya satu mesyuarat PN diadakan dimana Presiden Pas itu tidak dapat hadir kerana sedang menjalani rawatan.

“Tak betul lah tu. Selepas Muktamar PAS, hanya satu mesyuarat PN diadakan. TGHH tak hadir kerana sedang menjalani rawatan.

“Tetapi sebelum itu pun TSMY ada berjumpa pimpinan kanan PAS termasuk TGHH.

“TSMY pun turun berkempen di Kemaman. Ujarnya.

Menurut Marzuki, ‘sumber’ laporan tersebut berpunca daripada dakwaan mengatakan Muhyiddin Yassin menjadi penghalang atas niat PAS yang mahu Dr Samsuri menjadi calon Perdana Menteri.

“Tak silap saya TSMY lah semasa kempen di Kemaman yang mula-mula sekali cakap Dr Sam berpotensi jadi PM Malaysia di masa hadapan.

“Kenyataan ini dilapor secara meluas oleh media. Ujar beliau.

Dalam kenyataan tersebut, Marzuki meminta ‘sumber’ tersebut tidak bercakap yangg bukan-bukan kepada media

“‘Sumber’ ni pun. Janganlah cakap yg bukan-bukan kepada media semata-mata nak renggangkan hubungan akrab antara BERSATU dan PAS. Ujarnya.

Baru-baru ini, media melaporkan hubungan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Hadi Awang, dikatakan dingin.

Ia mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kelangsungan Perikatan Nasional (PN) yang digagaskan oleh dua parti itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp