TERKINI

Ibrahim Ali sifatkan kenyataan Musa Hitam “Hipokrit”

Ibrahim Ali (kanan) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 22 Mei 24 – Presiden Putra, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam sebagai hipokrit apabila Musa berpendapat bahawa Tun Mahathir menjadi penghalang kepada Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri.

Dalam satu kenyataan, Ibrahim Ali berkata yang menjadi penghalang kepada YM Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li) adalah Musa Hitam sendiri.

“Bukankah Musa Hitam yang mencabar Ku Li jawatan Timbalan Presiden Umno 1981.

“Ku Li patut menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno kerana kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO no. 1 dan paling senior.

“Inilah permulaan pergolakan dalam umno. Ujar Ibrahim Ali.

Menurutnya, sekalipun ketika itu Ku Li kalah, namun Tun Dr Mahathir mengekalkan Ku Li sebagai anggota kabinet sebagai Menteri MITI, bertukar daripada Menteri Kewangan.

“Musa Hitam tak puas hati dan protes.

“Musa kemudian mula bermasaalah dengan Dr Mahathir apatah lagi bila Daim dilantik menjadi Menteri Kewangan.

“Bila Musa Hitam sudah letak jawatan, dia bertemu Ku Li dan berpakat untuk lawan Dr Mahathir pada tahun 1987.

Ibrahim juga berkata, strategi Musa Hitam adalah untuk menyelamatkan dirinya dan dapat kembali jawatan Timbalan yang diisi oleh Tun Ghaffar Baba ketika itu hingga pertembungan Team A dan Team B yang berakhir dengan UMNO diharamkan.

Ibrahim juga mendedahkan Tun Mahathir dan Hussien Onn mengetahui pihak yang menjadikan Musa Hitam sebagai alat dengan melawan Ku Li.

“Dr Mahathir dan Tun Hussein Onn berdiam diri apabila Musa setuju menjadi alat lawan Ku Li. Kemudian dia letak jawatan selepas menang, apa pasal?

“Kemudian menyalahkan Tun Mahathir, kenapa (sebelum itu) setuju jadi alat lawan Ku Li? Katanya.

Ibrahim Ali turut mempersoalkan sikap hipokrasi Anwar Ibrahim yang ketika itu membela Tun Mahathir, namun hari ini menyalahkan Mahathir.

“Pada pemilihan umno 1987, Anwar Ibrahim paling kuat kempen untuk mempertahankan Tun M. Puji Tun melangit. Semua projek-projek mega dipertahankan.

“Akhirnya tuduh semua masalah dalam Malaysia adalah kerana Tun M, sikit pun Tun M tak ada jasa pada mereka.

“Sebenarnya, semua hipokrit.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyatakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menjadi perdana menteri satu ketika dahulu sekiranya sejarah negara ini dapat diubah.

Namun bekas menteri Kabinet itu berkata, kebijaksanaan bekas perdana menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli politik menjadi penghalang buat Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li untuk menerajui pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian buku Ku Li: Memoir 205 di sebuah hotel di sini, semalam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp