TERKINI

Dewan Rakyat : Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi – Azalina

Grafik malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan, bgaimanapun, katanya SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau memberikan jawapan terhadap pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang medianya mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya ke-15 lalu. – malayadaily.com  

Facebook
Twitter
WhatsApp