TERKINI

Idea tubuh PNB untuk kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Bumiputera – Tun M

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 5 Sept 24 – Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan semata-mata mahu memastikan kaum Bumiputera mempunyai pegangan saham sekurang-kurangnya tiga puluh peratus dalam syarikat-syarikat yang berdaya saing dan menguntungkan.

Dalam satu wawancara menerusi saluran ‘Cakap Lepas’, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, ketika itu orang Melayu tidak mampu memiliki saham kerana terpaksa meminjam untuk membeli saham, namun terpaksa menjualnya kembali kerana mahu membayar hutang.

“Kita hadapi satu masalah iaitu apabila kita nak bagi peluang kepada orang Melayu, mereka tak guna peluang itu secara yang kita harap, iaitu umpamanya dahulu kita tentukan tiap syarikat yang baru bila ditubuh 30% hendaklah diberi kepada bumiputera Melayulah .

“Tetapi bila diberi kepada bumiputera, bumiputera itu jual saham itu kepada orang orang Cina, jadi tak terdapatlah kepada orang Melayu.

“Kenapa mereka jual? kerana mereka tak ada duit, mereka pinjam duit daripada bank beli saham, lepas tu nak kena bayar balik hutang bank, jadi dijual saham itu pada orang lain dan dia baru dia boleh bayar hutang.

“Jadi dengan itu segala usaha kita nak bagi saham kepada orang Melayu tidak berjaya kerana mereka jual balik jadi saya saya. Ujarnya.

Menurut Mahathir, beliau mendapat ilham menubuhkan sebuah dana khas untuk mengatasi masalah ini apabila mengenali seorang penoaga Cina yang membantu Tunku Abdul Rahman dalam membuat pelaburan.

“Pada masa tu saya berjumpa dengan seorang peniaga Cina, dianya mengetuai di satu dana yang ditubuh untuk Tunku Abdul Rahman, cara dia ialah dengan dana yang ada kepada dia, dia beli saham dan saham itu nilainya meningkat, jadi semakin lama semakin tinggilah dana itu semakin besar, dia pandai melabur dalam syarikat syarikat yang memberi keuntungan.

“Jadi bila saya dia lihat kejayaan dia, saya fikir kalau kita ada dana macam ini dan kita bagi orang Melayu bahagian mereka dalam saham itu, jual kepada dana ini ataupun labur dalam dana-dana ini maka dana ini diurus supaya dianya tidak menjual kepada orang lain, sebaliknya dia akan pegang dana ini, nilai dana naik itu jadi keuntungan bagi orang Melayu. Kata Mahathir.

Dari ilham ini, Mahathir telah meminta Gabenor Bank Negara ketika itu Allahyarham Tun Ismail bin Mohamed Ali dan Allahyarham Raja Tun Mohar bin Raja Badiozaman yang ketika itu sebagai Setiausaha Perbendaharaan untuk mewujudkan sebuah institusi dana dan membeli saham untuk orang Melayu.

“Jadi untuk ini saya minta supaya Garbenor Bank pada masa itu Ismail Ali, saya minta dia dengan Raja Mohar, cipta satu institusi untuk mengadakan dana untuk membeli segala hak yang diberi kepada Melayu, jadi orang orang Melayu takkan jual kepada orang lain.

“Jadi dengan itu dana ini pula diurus dengan cara mereka membeli saham-saham dalam pasar yang baik dan dapat keuntungan dan keuntungan itu akan dipulang kepada pelabur dalam danalah.

“Jadi itulah sebabnya yang kita tubuh satu dana ini iaitu PNB, jadi dengan itu kita dapati ramailah orang Melayu yang membeli saham dalam dalam ni dan mereka kalau dapat keuntungan, mereka dapat keuntungan, jadi dengan cara ini mereka tidak jual saham kepada orang lainlah.

“Entah macam mana saya berpendapat cuma orang Melayu ni tak ada duit banyak jadi PNB ni pun tak menjadi besar, tetapi sekarang ini pelaburan daripada orang Melayu dalam PNB sudah meningkat kepada berbilion ringgit

“Jadi saya saya berasa gembiralah kerana cara ini. Ujar Mahathir.

PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai salah satu instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menanam semula ketidakseimbangan ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Antara matlamat utamanya ialah untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia.

PNB menumpukan perniagaannya khusus dalam bidang pelaburan hartanah, saham dan ekuiti secara meluas, dalam dan luar negara. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp