TERKINI

Tak Tahu Mengapa Raja Arab Saudi Tidak Mahu Bertemu Anwar – Tun M

foto utusan malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengapa Raja Salman dan Putera Mahkota Mohamad bin Salman tidak mahu berjumpa dengan Anwar, kata beliau ketika ditanya berhubung kontroversi lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini.

“Tak tahulah kenapa. Saya pun tak faham Raja Saudi dan Raja Mohamad tak nak jumpa dengan Anwar.

“Tetapi mereka mungkin mempunyai satu pandangan, yang kita tak tahulah, yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa dengan Anwar bila dia pergi ke sana.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir juga berkata bahawa dia tidak pernah disambut oleh pegawai berpangkat rendah dalam setiap lawatan rasminya.

“Tidak ada satu negara pun yang tidak sambut saya dan saya disambut oleh ketua negara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

“Yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp