TERKINI

Pemimpin Ireland mahu rujuk Israel ke mahkamah jenayah dunia, hantar pulang duta

Mary Lou McDonald – foto RTE

13 Nov 2023 – Ketua parti Sinn Fein Ireland, Mary Lou McDonald, menggesa negara itu perlu menghantar pulang duta Israel dan merujuk negara tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Mary berkata, kekejaman Israel di Palestin tidak seharusnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

“Israel tidak boleh dibenarkan melakukan kekejaman tanpa sebarang hukuman. Kerajaan memutuskan sebarang tindakan Israel tidak boleh dibiarkan.

“Saya setuju. Itulah sebabnya kerajaan Ireland mesti perlu mendahului dengan merujuk Israel kepada ICC dan menghantar pulang duta Israel,” katanya

Ucapan Mary Lou, yang memberi tumpuan kepada undang-undang Antarabangsa, dan bertegas dengan Israel telah mendapat perhatian umum. – malayadaily.commiddleeastmonitor

Facebook
Twitter
WhatsApp