TERKINI

Isu BlackRock: Putra hantar memorandum bantahan kepada Khazanah

PUTRAJAYA, 29 Jun 24 – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) semalam telah menghantar Memorandum Bantahan Penjualan Saham MAHB kepada GIP Blackrock, kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Penyerahan Memorandum petang semalam telah diketuai oleh Saudara Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Ketua Wira Putra M’sia.

Dalam bantahan tersebut, wakil Putra, Nasrul Ali berkata, sekalipun BlackRock mempunyai saham dalam beberapa syarikat di Malaysia sebelum ini, ia tetap tidak mewajarkan penjualan saham MAHB kepada syarikat tersebut kerana ianya berlaku sebelum genosid berlaku.

“Memanglah benar Blackrock telah membeli saham dalam beberapa syarikat Malaysia sebelum ini.

“Walaubagaimanapun, ianya tidak mewajarkan jualan saham MAHB kepada GIP Blackrock kerana
pembelian terdahulu saham syarikat-syarikat Malaysia, berlaku sebelum tindakan kejam pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Gaza sejak 7 Mei 2023. Katanya.

Beliau juga berkata semua saham yang sebelum ini diperolehi oleh Blackrock dalam syarikat-syarikat lain di Malaysia tidaklah melebihi 3% kecuali TNB (7.35%), CIMB Group (9.57%), Maybank (11%), dan Public Bank (12%) berbanding jumlah 30% saham MAHB, adalah jauh lebih besar daripada peratusan pegangan mereka dalam Public Bank.

“30% saham pegangan itu bermakna bahawa GIP Blackrock akan menjadi salah satu pemegang
saham utama MAHB.

“Dengan itu, GIP Blackrock boleh menjadi salah satu ahli terkemuka dalam Lembaga Pengarah MAHB. Ini bermakna bahawa GIP Blackrock akan mempunyai pengaruh besar dalam proses merencana keputusan berhubung semua isu penting MAHB di masa hadapan.

“Perlu disebut bahawa pada masa ini, pemegang saham terbesar MAHB mempunyai 40% daripada saham syarikat itu. Dari segi strategik, ia memerlukan satu atau lebih pemilik saham lain untuk menjual hanya 11% daripada saham mereka kepada GIP Blackrock, dan GIP Blackrock boleh menjadi pemegang saham terbesar MAHB. Tegas beliau.

Tambah beliau, dari sudut keselamatan negara, MAHB yang mengendali dan menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia dimana 5 di antaranya ialah lapangan terbang antarabangsa sebagai pintu masuk utama.

“Kita tidak boleh begitu alpa dan naif untuk berfikir bahawa memberikan sebarang pengaruh, kawalan atau akses kepada asetaset ini kepada entiti asing, pro-Zionis tidak akan membahayakan keselamatan negara kita. Ujarnya.

Nasrul menegaskan adalah satu kewajipan bagi semua rakyat Malaysia untuk menentang penjualan saham MAHB kepada GIP Blackrock. Membenarkan GIP Blackrock untuk memegang saham yang besar dalam MAHB.

Memorandum bantahan tersebut telah diterima oleh Dr. Esma Nizam Abdul Samad, Senior Vice President, Governance, Risk & Compliance Khazanah Nasional Berhad. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp