TERKINI

Isu Gurauan Seksis : Anwar Gagal ‘Carry’ Diri Sebagai Pemimpin Berwibawa – Khairuddin Abu Hassan

Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Salah seorang pemimpin Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyelar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai gagal ‘carry’ diri sebegai seorang tokoh negarawan yang tertib dalam semua segi.

Beliau mengulas mengenai kecaman umum berkaitan gurauan Anwar ke atas pelajar perempuan berusia 18 tahun yang dianggap “tidak wajar, diskriminasi dan seksis”. Ia susulan kenyataan Anwar ketika menghadiri sesi town hall di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

“Permasalahan dengan DS Anwar Ibrahim adalah beliau masih terbawa-bawa dengan sikap sebagai seorang reformis jalanan kerana puluhan tahun beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan sebagai pembangkang jalanan.

“Sebab itu sehingga kini DS Anwar Ibrahim gagal ‘carry’ diri beliau sebagai tokoh negarawan yang tertib dalam segenap segi. Ujar Khairuddin.

Beliau juga berkata bahawa ‘body language’ dan sikap Anwar adalah tidak sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang sepatutnya mempamerkan kewibawaan sebagai ketua.

“Apapun, ‘body language’ serta sikap DS Anwar Ibrahim amat tidak sesuai langsung sebagai seorang Perdana Menteri yang sepatutnya mempamerkan ‘kewibawaan’ sebagai ketua negara masakini.

Khairuddin juga berkata bahawa kepimpinan Anwar tiada hala tuju yang jelas untuk memacu negara ke tahap gemilang.

“Semua permasalahan negara dan rakyat masih gagal ditangani oleh DS Anwar Ibrahim.

“Kini, baru keseluruhan rakyat setuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DS Anwar Ibrahim tidak mampu untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang efektif. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp